Teras Strategik


1. Pembangunan Belia berteraskan Dasar Belia Malaysia

KBS sentiasa mengutamakan belia di Malaysia sebagai aset penting negara. Dengan gagasan 8.2 juta belia yang merangkumi 28% daripada populasi Malaysia, anak muda merupakan pelaburan paling kritikal dalam dasar serta inisiatif Kerajaan melangkaui Wawasan 2020. Melangkah ke hadapan, Kementerian ini akan sentiasa memperkenalkan pendekatan baru seiring dengan penambahbaikan inisiatif sedia ada, serta selaras dengan tren dan perkembangan semasa. Halatuju strategik yang digarap perlu seiring dengan Dasar Belia Malaysia yang dilancarkan pada 15 Mei 2015 yang berteraskan 3 matlamat utama yang bertujuan untuk menyerlahkan potensi belia, dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.




2. Pembangunan Sukan berteraskan Blueprint Negara Bersukan

Sukan merupakan wadah perpaduan negara yang begitu unik dan penting, di samping membantu dalam membentuk masyarakat yang cergas dan produktif. Majoriti rakyat Malaysia cintakan sukan, namun cabaran utama adalah untuk mentransformasikan minat mereka ke arah mempraktik serta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, pendekatan pembangunan sukan di KBS adalah selaras dengan falsafah untuk menjadi Negara Bersukan, iaitu pembentukan budaya bersukan di kalangan segenap lapisan masyarakat di samping pencapaian kecemerlangan sukan sehingga ke peringkat antarabangsa.



3. Pemerkasaan Kemahiran berlandaskan Transformasi IKBN

Di bawah RMKe-11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang bakal diwujudkan dijangka memerlukan kelayakan berkaitan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET). Bagi memenuhi keperluan ini, Malaysia perlu meningkatkan pengambilan pelajar berkaitan setiap tahun secara berperingkat daripada 164,000 pada tahun 2013 kepada 225,000 pada tahun 2020. Dalam hal ini, Kementerian komited dalam menyumbang kepada usaha memenuhi keperluan tenaga kerja tersebut, dengan membekalkan graduan TVET yang bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi juga sesuai dengan kehendak industri serta pasaran semasa. Pelbagai inisiatif untuk memperkasakan Pelan Transformasi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan diteruskan dalam memastikan IKBN muncul sebagai institusi TVET yang unggul.




4. Pengantarabangsaan Belia

Dalam menghadapi lanskap di mana belia Malaysia terdedah dan prihatin kepada perkembangan semasa dunia, Kementerian akan memberi penekanan kepada program- program pengantarabangsaan belia. Ini adalah penting kerana inisiatif ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk belia di Malaysia menyumbang di peringkat antarabangsa, di samping meningkatkan profil serta peranan anak muda di mata dunia. Melangkaui Wawasan 2020, KBS akan memastikan agar belia Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan belia dari negara-negara maju yang lain.

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable