PENCALONAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2017


Anugerah Belia Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Pada tahun 2011, anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Perdana Belia Negara. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang. Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah pembangunan Negara.

Kementerian Belia dan Sukan membuka pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2017 bagi kategori:
Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-

1. Calon mestilah warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun 2017.
3. Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan / Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berkenaan.
4. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
    4.1 Borang pencalonan
    4.2 Resume
    4.3 Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
    4.4 Sijil / Dokumen pencapaian
    4.5 Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
    4.6 Laporan ringkas pencapaian
    4.7 Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan.
    4.8 Syarat-syarat tambahan :-
        4.8.1 Anugerah Perdana Pertubuhan Belia
                a. Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia.
                b. Pencalonan turut dibuka kepada kelab-kelab belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
                c. Aktif dan mengemukakan MYKD kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY)
                d. Perlembagaan persatuan
                e. Laporan tahunan 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
                f. Hanya Persatuan/pertubuhan yang telah menghantar MYKD tahun 2016 layak dicalonkan.
                g. Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
                h. Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan peringkat negeri kecuali persatuan belia peringkat kebangsaan.
                 i. Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, tidak dibenarkan bertanding lagi untuk masa hadapan.
                 j. Setiap persatuan yang bertanding, perlulah dikalangan persatuan-persatuan yang mempunyai ‘star rating’ bertaraf sekurang-kurangnya tiga (3) bintang.
       4.8.2 Anugerah Kategori Individu (Lelaki/ Wanita)
                a. Calon hanya dibenarkan bertanding 1 kategori sahaja.
                b. Permohonan hendaklah disokong oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
                c. Permohonan terbuka kepada semua belia (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai persatuan belia)
                d. Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, tidak dibenarkan bertanding lagi untuk masa hadapan.
                e. Calon yang dikemukakan ke peringkat kebangsaan perlu mendapat skor minimum 80% untuk dinilai oleh panel kebangsaan.
   4.9.   Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web www.kbs.gov.my
   4.10. Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara.

Borang pencalonan boleh didapati di Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran anda.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia APBN
03-88713291 / 3292 / 3161

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable