Pertandingan Mencipta Logo Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017



Sekretariat Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, Kementerian Belia dan Sukan menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang menjadi identiti serta tanda pengenalan untuk diguna pakai dalam semua aktiviti yang melibatkan temasya Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas. 
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
  • Bukti penghantaran bukan bererti bukti penerimaan.
  • Semua penyertaan yang diterima oleh Sektretariat Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 adalah hak milik Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.


SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
 
  • Ciptaan dan reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. 
  • Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak dari mana-mana karya tempatan mahupun dari luar negara. 
  •  
  • Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7 cm) berwarna putih dalam computer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘soft copy’ dan ianya hendaklah disimpan di dalam ‘Compact Disc’ menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan ‘software’ terkini yang bersesuaian.  
  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas setiap reka bentuk seperti logo, simbol dan warna yang digunakan.  
  • Reka cipta hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi lima (5) warna.  
  • Reka cipta perlu melambangkan perpaduan Malaysia dan menunjukkan kesatuan negara-negara Asia Tenggara(South East Asia).  
  • Reka cipta logo wajib meletakkan simbol Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) di mana bahagian logo mengikut kesesuaian.  
BORANG PENYERTAAN

  • Setiap peserta hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disediakan.
  •  
  • Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu : 


• Nama Penuh
• No. Kad Pengenalan
• Alamat Terkini
• Nombor Telefon
• Alamat Emel
  • Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’ sama ada melalui pos atau email (‘soft copy’ dalam format .ai dan .jpeg.)
  •  
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 04 September 2015.
  •  


Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:


SEKRETARIAT SUKAN SEA KE-29 Kuala Lumpur 2017 
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ARAS 7,
MENARA KBS PRESINT 4 NO. 27,
PERSIARAN PERDANA PUTRA
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62570 PUTRAJAYA

No. tel : 03-8871 3512
No. faks : 03-8888 8710
Emel :


  • Sekiranya menghantar melalui pos, pastikan disebelah atas kiri sampul bertulis ‘Pertandingan Mencipta Logo’. 
  • Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri. 

PANEL PENILAI 

  • Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dibentuk berasingan.
  • Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh panel penilai. Panel penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.
  •  
  • Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kementerian Belia dan Sukan.
  •  
  •  Bagi penyertaan yang dihantar, para peserta hendahklah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.
  •   
  •  Penganjur berhak mengguna semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.
  •  
HADIAH PERTANDINGAN

Hanya SATU (1) reka bentuk logo saja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.00 beserta sijil kemenangan. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Muat Turun Borang Penyertaan

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable