Bahagian Akaun

Maklumat Am | Carta Organisasi

Bahagian Akaun telah ditubuhkan di Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2014 sebagai bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan pada 2015. Ianya susulan daripada Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Ekonomi Baru (New Economic Model) yang bertujuan mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pelaksanaan perakaunan akruan telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mei 2011 dan ianya merupakan salah satu daripada 21 inisiatif SRI Public Finance Lab.      

Visi

Peneraju perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam.

Misi

Menyediakan perkhidmatan perakaunan dan kewangan sektor awam yang efisien, efektif dan berkualiti tinggi

Objektif

  • Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian.
  • Memastikan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan kementerian diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Membantu Kerajaan dalam membuat keputusan yang berkesan.
  • Menyediakan data-data serta maklumat perakaunan yang tepat bagi penyediaan Penyata Kewangan kementerian yang berkualiti dan mengikut jadual.
  • Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik.

Fungsi Bahagian

Sebagai Pejabat Perakaunan (accounting office) kepada Kementerian Belia dan Sukan yang berfungsi berkaitan dengan perakaunan pengurusan, perundingan dan pemantauan dan perakaunan kewangan.

 

Sumber : Bahagian Akaun
Tarikh Kemaskini : 25 Februari 2015

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable