Bahagian Kewangan

 
Maklumat Am |Cawangan-Cawangan | Carta Organisasi
 
 
 

MAKLUMAT AM

Visi

Menguruskan sistem Kewangan dan perakaunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan cekap dan teratur bagi mencapai sasaran audit sifar

Misi

Menguruskan perbelanjaan mengurus secara cekap dan teratur berpandukan perancanngan dibuat dan peraturan-peraturan Kewangan yang telah digariskan oleh undang-undang serta memberi khidmat sokongan kepada segala aktiviti dan program Kementerian dalam memastikan ianya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

 

CAWANGAN-CAWANGAN

 
Cawangan Kewangan
 
Maklumat Am
 

Objektif

Membantu pengurusan atasan dalam perancangan perbelanjaan mengurus secara cekap dan teratur serta memberi khidmat sokongan kewangan kepada semua cawangan/bahagian/jabatan di Kementerian supaya segala aktiviti dan program kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


Fungsi

  • Anggaran Belanjawan Mengurus Kementerian Belia dan Sukan - Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus tahunan kementerian
    - Menyediakan dan menghantar waran peruntukan ke semua jabatan belia dan sukan negeri dan IKBN
    - Mengurus pindah peruntukan dan peruntukan tambahan.
  • Mengurus Pembayaran Perbelanjaan Mengurus dan Amanah - Menguruskan pembayaran emolumen
    - Menguruskan pembayaran mengurus ibu pejabat KBS seperti bil, pesanan tempatan dan tuntutan perjalanan pegawai
    - Mengurus perbelanjaan amanah seperti bayaran pinjaman kenderaan /komputer, biasiswa, pinjaman kumpulan wang pembangunan ekonomi belia dan akaun amanah sukan negara.
  • Menguruskan Perolehan Bagi Bekalan dan Perkhidmatan KBS. - Pembelian secara
    i. Terus
    ii. Sebutharga
    iii. Tender - Tempah Tiket Penerbangan
  • Menyelenggara Akaun-akaun / Kumpulan Amanah
    - Menyimpan rekod-rekod semua Akaun Amanah
    - Menyedia penyata penyesuaian bulanan
    - Menyedia penyata terimaan dan bayaran tahunan
  • Menyelia Perakaunan Hasil
    - Menyedia penyata penyesuaian ibu pejabat keseluruhan Kementerian Belia dan Sukan
    - Menyedia anggaran hasil tahunan
    - Menyedia Laporan Akaun Belum Terima sehingga 31/12
  • Menyelenggara proses pinjaman kenderaan / komputer
    - Mengurus permohonan pinjaman komputer dan kenderaan pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan
    - Menyelenggara rekod pinjaman kenderaan dan komputer
 

Piagam Pelanggan

 

Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :

- Pentadbiran Dan Perkhidmatan

Mengamalkan budaya kerja yang cekap dan berkesan dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyerahan projek-projek pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan

- Kewangan

Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan kemajuan/pembekalan perkhidmatan/peralatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimaan tuntutan di cawangan ini.

Menyalurkan waran peruntukan kepada semua jabatan/bahagian/agensi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dengan memastikan peraturan kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi.

- Teknikal

Memberi nasihat dan menjalankan audit teknikal ke atas semua projek-projek pembangunan di dalam RMKE-9 dan Pentadbiran Kontrak

 

Cawangan Perolehan

 
Maklumat Am
 

Objektif

Membantu pengurusan atasan dalam perancangan dan pelaksanaan perolehan kementerian supaya segala aktiviti dan program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi

  1. Menguruskan perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan untuk Ibu Pejabat KBS menerusi tatacara perolehan berikut :
    - Kontrak pusat;
    - Pembelian terus;
    - Sebutharga; dan
    - Tender.
  2. Menguruskan perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan menerusi tatacara perolehan tender untuk jabatan dan agensi KBS seperti berikut :
    - Jabatan Sukan dan Belia Negeri;
    - Institut Kemahiran Belia Negara; dan
    - Agensi Pembangunan
  3. Mengurusetia Jawatankuasa Sebutharga Ibu Pejabat KBS.
  4. Mengurusetia Lembaga Perolehan KBS A dan B.
  5. Menguruskan pemantauan, pengumpulan dan penyelarasan maklumat perolehan KBS.
  6. Melaksanakan projek Kerajaan Elektronik menerusi pelaksanaan sistem ePerolehan.
  7. Membantu Jabatan dan Agensi KBS dari aspek pengurusan perolehan Kerajaan.
 
* Sumber dari : Bahagian Kewangan
Tarikh Kemaskini : 22/04/2014

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable