Bahagian Pembangunan

MAKLUMAT AM | CARTA ORGANISASI

Misi

Mengurus projek pembangunan fizikal/bukan fizikal dan perolehan peralatan mengikut keperluan end user dalam tempoh yang ditetapkan dengan mematuhi piawaian pengurusan projek/program dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Objektif

- Fizikal Merancang, melaksanakan, memantau dan menyerah projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan, pekeliling Agensi Pusat/Jabatan teknik dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan.

- Bukan Fizikal Memantau dan menyelaras program pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan dan pekeliling Agensi Pusat peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan

Fungsi

1. Merancang, melaksana, memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

2. Menguruskan peruntukan pembangunan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

3. Bekerjasama dengan agensi-agensi pusat bekaitan hal ehwal projek dan peruntukan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

4. Mengkaji semula pelaksanaan projek pembangunan di dalam kajian separuh penggal pada pertengahan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

5. Mengurus dan menyelaras hal ehwal tanah untuk projek pembangunan.

6. Menyelaras maklumat pelaksanaan projek kementerian di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II).

PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :

CAWANGAN PEMBANGUNAN

Mengamalkan budaya kerja yang cekap dan berkesan dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyerahan projek-projek pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan.

- Unit Kewangan

1. Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan kemajuan/pembekalan perkhidmatan/peralatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimaan tuntutan di cawangan ini.
2. Menyalurkan waran peruntukan kepada semua jabatan/bahagian/agensi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dengan memastikan peraturan kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi.

- Unit Pentadbiran
 
1. Pengurusan pentadbiran bahagian iaitu mengurus dan menyelia urusan perkhidmatan dan perjawatan pegawai dan kakitangan Bahagian dengan Bahagian Pengurusan Sumber di Kementerian.
2. Menguruskan inventori, verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira aset di bahagian, Pengurusan fail bahagian dan juga Kenderaan Jabatan yang dibawah seliaan Bahagian
 
 - Unit Perancangan Pembangunan
 
1. Merancang, melaksana, memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
2. Mengkaji semula pelaksanaan projek pembangunan di dalam kajian separuh penggal pada pertengahan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
 
 - Unit Penyelarasan Pembangunan
 
1. Menyelaras maklumat pelaksanaan projek kementerian di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II)
2. Menyediakan laporan berhubung kedudukan pelaksanaan projek-projek
3. Mewujudkan kerjasama dan penyelarasan di antara kementerian Belia dan Sukan dengan agensi-agensi pusat iaitu Unit Perancangan Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan(MOF), Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Jabatan Kerja Raya dalam pengendalian projek-projek.
 
 - Unit Pemantauan Pembangunan
 
1. Mengurus dan menyelaras hal ehwal tanah untuk projek pembangunan.
2. Mengurus dan menyelaras prosedur pengambilalihan tanah bagi projek pembangunan
3. Mewujudkan kerjasama dan penyelarasan di antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi pengurusan hal-hal tanah.
 
CAWANGAN TEKNIKAL
 
1. Bertanggungjawab menyelaras kerja-kerja teknikal berkaitan semua projek pembangunan
2. Menyedia keperluan berkaitan teknikal untuk kerja-kerja pembangunan
3. Melaksana, memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
4. Menjalankan kerja-kerja penyeliaan ke atas jururunding/perunding projek
5. Menilai dan memperakukan tuntutan muktamad
6. Menilai dan mengesyor perubahan kerja
7. Bertanggungjawab memastikan kerja-kerja teknikal berkaitan semua projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual pelaksanaan
 
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable