Bahagian Pengurusan Maklumat

 
Maklumat AmCarta Organisasi
 
MAKLUMAT AM
 
PIAGAM PELANGGAN
 
1.
Mengemaskini Portal KBS dalam masa tiga (3) jam bagi maklumat yang lengkap dan perlu tindakan segera atau tidak melebihi satu (1) minggu bagi maklumat peringkat biasa, dari tarikh penerimaan maklumat daripada Bahagian-Bahagian;
   
2.
Membangunkan sistem aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja dalam tempoh tiga (3) bulan hingga dua belas (12) bulan bergantung kepada kerumitan skop perkhidmatan yang hendak diberi;
   
3.
Memproses permohonan kelulusan teknikal bagi Projek ICT
 
3.1. Permohonan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) KBS dalam tempoh dua (2) minggu selepas penerimaan bagi ulasan teknikal;

3.2.
Permohonan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) serta mendapat keputusan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi projek ICT yang bernilai melebihi RM 50,000.00;
3.3.
Memberi ulasan teknikal dalam tempoh dua (2) minggu bagi permohonan projek ICT yang bernilai sehingga RM 50,000.00;dan
3.4.

Mengemukakan permohonan kelulusan teknikal bagi projek ICT yang bernilai RM50,000 atau lebih bagi sistem aplikasi dan RM5 Juta atau lebih bagi peralatan ICT ke Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MAMPU dalam tempoh tidak melebihi dua (2) minggu setelah diluluskan oleh JPICT KBS

   
   
4.
Menyediakan persembahan multimedia dalam tempoh dua (2) hingga empat (4) minggu selepas maklumat dimuktamadkan;.
   
5.
Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Melalui Sistem Permohonan E-mel KBS Secara Atas Talian (online)
 
5.1.
Akaun pengguna akan didaftarkan ke dalam sistem dalam tempoh satu (1) hari selepas penerimaan permohonan melalui Sistem Permohonan E-Mel Kementerian Belia dan Sukan;
5.2.
Sistem akan mengaktifkan akaun pengguna dalam tempoh satu (1) hari selepas akaun didaftarkan; dan
5.3.
Makluman secara rasmi kepada pengguna akaun dalam tempoh tujuh (7) hari selepas akaun diaktifkan.
   
6.
Aduan Dan Sokongan Teknikal
 
6.1.
Respon melalui panggilan telefon/e-mel akan diberikan kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) jam; dan
6.2.
Menyediakan sokongan teknikal di lokasi aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
   
7.
Pembekalan Peralatan ICT
 
Pengguna akan menerima peralatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan dengan syarat berikut:
   
 
7.1.
Mengikut garis panduan pengagihan peralatan ICT;
7.2.
Mengikut prosedur pergerakan harta modal;dan
7.3.
Peralatan adalah tersedia (perolehan telah dibuat).
   
8.
Peminjaman Peralatan ICT
 
Pengguna akan menerima peralatan satu (1) hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat berikut:
   
 
8.1.
Permohonan diterima tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan;
8.2.
Mengikut prosedur pergerakan harta modal; dan
8.3.
Peralatan adalah tersedia (dalam simpanan).
   
9.
Insiden Keselamatan (KBS CERT)
   
 
9.1.
Memberi khidmat nasihat awal dalam tempoh satu jam pada waktu bekerja selepas menerima dokumen laporan insiden;
9.2.

Menyedia dan menghantar laporan analisis log kepada agensi dalam tempoh 30 hari selepas menerima fail log; dan

9.3.
Menyedia dan menghantar laporan imbasan kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas imbasan selesai.
   
10.
Perkhidmatan Rangkaian 1Gov*Net
 
   
10.1.
Perolehan perkakasan dan perisian untuk rangkaian setempat (LAN) adalah masih mengikut tatacara perolehan ICT yang telah ditetapkan oleh KBS.
10.2. Bagi perluasan WAN, permohonan hendaklah dikemukakan kepada MAMPU.
10.3. Ketersediaan Perkhidmatan Rangkaian adalah 99.3%.
10.4. Khidmat sokongan bagi perkhidmatan rangkaian 1Gov*Net yang tergendala hendaklah tidak melebihi 4 jam sebulan, jika tidak LAD (Liquidated and ascertained damages) akan dikenakan.
   
 
VISI
 

Ke arah membudayakan penggunaan ICT dalam setiap aktiviti dan program belia dan sukan untuk mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan teras KBS.

 
MISI 
 
  1. Mengoptimumkan penggunaan dan perkhidmatan ICT secara efektif ke arah meningkatkan kualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan KBS; dan
  2. Memastikan aplikasi pengguna, peralatan dan infrastruktur ICT sentiasa relevan dengan keperluan perkhidmatan teras KBS.
 
OBJEKTIF 
 
Mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau pembangunan, perkhidmatan dan keselamatan ICT bagi mempertingkatkan keberkesanan, produktiviti dan kualiti perkhidmatan teras KBS.
 

FUNGSI 
 

Fungsi-fungsi utama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) adalah seperti berikut
 
1.
Menentukan hala tuju dan hala cara pembangunan dan pelaksanaan ICT bagi KBS dan agensi di bawahnya melalui Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT KBS) selaras dengan Pelan Strategik ICT(ISP) KBS;

Aktiviti:

  1. Merancang dan merangka peruntukkan pembangunan projek-projek ICT di bawah RMKe10 dan RMKe11
  2. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) KBS sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
  3. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) empat (4) kali setahun
  4. Menyediakan dan kajian semula Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian
  5. JPICT Kementerian berfungsi menyelaraskan dan mengemukakan permohonan projek ICT bagi agensi di bawahnya kepada JTISA untuk kelulusan teknikal mengikut had nilai yang ditetapkan
  6. Mendaftar dan merekod permohonan perolehan projek ICT, mengemaskini dan memantau semua projek ICT yang dibangunkan dan dilaksanakan oleh agensi Sektor Awam melalui Sistem Aplikasi PROFIT
  7. Memantau dan melaporkan kemajuan pembangunan projek ICT kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) bagi projek ICT yang diluluskan oleh JTISA
  8. Menyediakan ulasan bagi projek ICT untuk pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT(JPICT)
  9. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) KBS
  10. Menyediakan laporan kemajuan prestasi projek-projek ICT pada Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian
   
2.
Menyelaras dan menguruskan pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan portal/laman web dan sistem aplikasi di KBS;

Aktiviti:

  1. Kajian dan analisa keperluan projek
  2. Rekabentuk sistem aplikasi dan portal/laman web
  3. Pembangunan sistem aplikasi dan portal/laman web
  4. Pengujian sistem aplikasi dan portal/laman web
  5. Pengendalian latihan pengguna
  6. Pelaksanaan sistem aplikasi dan portal/laman web
  7. Penyelenggaraan sistem aplikasi dan portal/laman web
  8. Pengauditan dan kajian semula sistem aplikasi dan portal/laman web
  9. Penyediaan dokumentasi pada setiap peringkat pembangunan sistem (SDLC)
  10. Pengemaskinian kandungan maklumat portal
  11. Penganalisaan laporan statistik
   
3.
Mengurus pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan bahan multimedia;

Aktiviti:

  1. Kajian dan analisa keperluan projek
  2. Rekabentuk bahan multimedia
  3. Pembangunan bahan multimedia
  4. Pengujian bahan multimedia
  5. Penyerahan dan persembahan bahan multimedia
  6. Kemaskini bahan multimedia
   
4.
Mengurus perancangan perolehan dan penyediaan dokumen teknikal yang diperlukan bagi projek-projek ICT;

Aktiviti:

  1. Membuat kajian keperluan peralatan ICT selaras dengan keperluan pengguna
  2. Kelulusan peruntukan perolehan
  3. Penyediaan dokumen spesifikasi teknikal
  4. Penyediaan dokumen kontrak
  5. Pelaksanaan perolehan
   
5.
Mengurus aset ICTKBS;

Aktiviti:

  1. Pendaftaran peralatan ICT
  2. Pengagihan mengikut lokasi
  3. Penyelenggaraan peralatan ICT
  4. Pelupusan peralatan ICT
   
6.
Merancang dan mengurus infrastruktur dan rangkaian 1Gov*Net;

Aktiviti:

  1. Merancang keperluan
  2. Pembangunan dan pelaksanaan infrastruktur rangkaian
  3. Pemantauan penggunaan rangkaian
  4. Penyelenggaraan rangkaian
  5. Peningkatan dan perluasan rangkaian
  6. Pengurusan perancangan kapasiti dan prestasi rangkaian
  7. Kajian semula keperluan
   
7.
Merancang, mengurus dan memantau keselamatan ICT;

Aktiviti:

  1. Merancang keperluan
  2. Pembangunan dan pelaksanaan keselamatan ICT
  3. Pemantauan keselamatan ICT
  4. Menjalankan audit keselamatan ICT
  5. Pengendalian insiden keselamatan ICT (CERT KBS)
  6. Kajian semula keperluan
   
8.
Merancang dan mengurus Pusat Data KBS;

Aktiviti:

  1. Pengoperasian server
  2. Penyelenggaraan server
  3. Pengurusan salinan pendua (backup) dan pemulihan data (recovery)
  4. Pengurusan perancangan kapasiti dan prestasi server
  5. Pengendalian dan pengoperasian Pusat Data
   
9.
Mentadbir Pangkalan Data KBS;

Aktiviti:

  1. Penstrukturan semula pangkalan data
  2. Penalaan(tuning) pangkalan data
  3. Penyelarasan pangkalan data mengikut Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  4. Pengurusan ruang storan pangkalan data
   
10.
Mengurus dan menyediakan perkhidmatan, khidmat nasihat dan sokongan ICT.

Aktiviti:

  1. Perkhidmatan e-mel rasmi Kementerian
  2. Perkhidmatan capaian Internet
  3. Perkhidmatan Meja Bantuan (Helpdesk)
  4. Penyiaran maklumat melalui portal/laman web
  5. Penyiaran maklumat melalui KIOSK
  6. Penyediaan dan pemasangan kelengkapan peralatan ICT
  7. Pembekalan dan pinjaman perkakasan ICT
  8. Perkhidmatan khidmat nasihat teknikal
   
11.
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar dan garis panduan penggunaan dan keselamatan ICT KBS serta memastikan pematuhannya; dan

Aktiviti:

  1. Penyediaan dasar
  2. Penyediaan garis panduan
  3. Penyediaan Standard Operating Procedure (SOP)
  4. Penyediaan surat pekeliling
  5. Pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar
   
12.
Terlibat dalam penilaian teknikal dan memberi ulasan dalam perolehan projek ICT.

Aktiviti:

  1. Jawatankuasa Penilaian Teknikal Perolehan Tender/Sebut harga ICT
  2. Penyediaan kertas ulasan teknikal
   
  * Sumber dari : Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
  * Tarikh Kemaskini : 2 Julai 2012
 
 

 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda di Hari Sukan Negara 2017
14 Oktober 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable