Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik

 
Maklumat Am |Cawangan-Cawangan | Carta Organisasi
 
 
MAKLUMAT AM
 

Pengenalan

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik merupakan salah satu Bahagian yang berada dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Pada asalnya Bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan Dasar dan Pembangunan yang kemudiannya ditukarkan kepada Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan setelah melalui pengstrukturan semula pada September 2004. Seterusnya pada 15 Julai 2007, nama Bahagian sekali lagi telah ditukarkan kepada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Ia bersesuaian dengan fungsi dan peranan yang dijalankan oleh Bahagian dalam memastikan Visi dan Misi tercapai.

Objektif

Merancang, menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi pelaksanaan dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti kementerian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Visi

Merealisasikan Pelaksanaan Dasar-Dasar Pembangunan Belia dan Sukan oleh Semua pihak dan peringkat termasuk Agensi Kerajaan, swasta, badan Bukan kerajaan dan orang perseorangan.

Misi

  1. Meningkatkan kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap Dasar Pembangunan Belia dan Sukan.
  2. Mengkaji semula Dasar Pembangunan Belia dan Sukan setiap sepuluh tahun mengikut keperluan semasa.
  3. Mengeratkan perkongsian pintar (Smart Partnership) dengan kementerian yang berkaitan serta pihak swasta dan Badan Bukan kerajaan

Peranan

  1. Penyediaan/penyelarasan Kertas Jemaah Menteri.
  2. Urusetia Urusan Parlimen.
  3. Urusetia Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan.
  4. Urusetia Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan.
  5. Urus Setia Mesyuarat Penyelarasan Exco Belia dan Sukan.
  6. Urusetia Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Jawatankuasa dasar Kementerian Belia dan Sukan.
  7. Menyedia dan menyelaras maklumbalas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat KSU dan Ketua-Ketua Perkhidmatan, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
  8. Memantau/menilai keberkesanan mengenai program belia dan sukan.
  9. Menyelaras pengubalan dasar bagi perancangan jangka panjang yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan.
  10. Urusetia Mesyuarat Pasca Kabinet.
  11. Menyelaras perhubungan dan kerjasama antarabangsa.
  12. Mengemaskini Fungsi Anggota Pentadbiran.

Strategi

  1. Menyediakan Pelan Tindakan Pelaksanaan Bahagian setiap awal tahun dengan melibatkan semua peringkat pegawai dan kakitangan.
  2. Bekerjasama dengan bahagian-bahagian dan agensi-agensi dalaman dan luar Kementerian bagi mencapai objektif dengan lebih berkesan.
  3. Memantau pelaksanaan program/aktiviti Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda dengan memperakukan perubahan-perubahan dasar mengikut keperluan semasa.
  4. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan bagi memastikan program/aktiviti dilaksanakan mengikut dasar yang telah ditetapkan.
  5. Mengadakan mesyuarat berjadual bagi semua urusan seperti penyelarasan jawapan Parlimen, Penyediaan Kertas Kabinet/Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Sukan.
  6. Memantau dan memastikan draf jawapan Parlimen disediakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  7. Menyediakan format tertentu dalam memantau penyediaan maklum balas terhadap keputusan mesyuarat.
  8. Mengadakan Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan pihak-pihak yang berpotensi dari dalam dan luar negara ke arah mencapai matlamat Kementerian

Piagam Pelanggan

KEUTAMAAN KAMI IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG BERSIH, CEKAP, CEPAT DAN TEPAT DALAM SUASANA MESRA DENGAN KOMITMEN YANG PENUH DALAM MENJALANKAN TUGAS KAMI

KAMI BERJANJI
  1. Memastikan jawapan bertulis Parlimen dikemukakan kepada Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen selewat-selewatnya tiga hari sebelum tarikh persidangan.
  2. Memproses dan mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri kepada Urusetia Kabinet dalam tempoh empat minggu dari tarikh diterima dari Bahagian.
  3. Memproses dan mengemukakan Nota Jemaah Menteri kepada Urus Setia Kabinet dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima.
  4. Menyedia dan mengemukakan keputusan Memorandum Jemaah Menteri, Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha, Mesyuarat Majlis Raja-raja, mesyuarat Perhubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan Menteri-Menteri Besar dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan minit.
  5. Memastikan dasar-dasar Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua bahagian dan agensi di bawahnya.
  6. Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Exco Belia dan Sukan Negeri dengan Y.B. Menteri sebanyak empat kali setahun dan mengedarkan minit mesyuarat tersebut dalam tempoh empat minggu dari tarikh mesyuarat.
  7. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri sebanyak empat kali setahun dan mengedarkan minit mesyuarat tersebut dalam tempoh empat minggu dari tarikh mesyuarat diadakan.
 
   
CAWANGAN-CAWANGAN
 

Bahagian ini mempunyai empat cawangan seperti berikut:

Cawangan Dasar

Fungsi cawangan ini ialah :
  1. Merancang dan menyelaras penggubalan dasar dalam semua bidang berkaitan peranan kementerian dalam pembangunan belia dan sukan.
  2. Mengurus pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan belia dan sukan diperingkat kementerian.
  3. Menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan belia dan sukan diantara agensi kerajaan, swasta dan NGO.
  4. Membangunkan dasar belia dan sukan untuk keperluan semasa dan akan datang.

Cawangan Perancangan Strategik

Fungsi cawangan ini ialah:
  1. Meneliti isu/masalah dasar strategi pembangunan atau program belia, sukan, rakan muda dan kemahiran dari sudut impak kepada kumpulan sasar.
  2. Menyedia kertas cadangan penilaian Semula Dasar dan Strategi serta Program yang dilaksanakan oleh KBS.
  3. Menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu dasar/strategi/program pembangunan belia, sukan, rakan muda dan kemahiran oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di KBS.
  4. Membantu Bahagian/Jabatan/Agensi merangka strategi pemantau penilaian program.
  5. Melaksanakan kajian impak keberkesanan program pembangunan belia dan sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM).
  6. Melaksanakan dan membantu perancangan strategi meliputi pemikiran semula dan ‘reengineering’ Bahagian/ Jabatan/Agensi.

Cawangan Penyelarasan

Fungsi cawangan ini ialah:
  1. Menyelaras dan menguruskan jawapan-jawapan Parlimen.
  2. Menyelaras penyediaan Memorandum dan Nota Jemaah Menteri.
  3. Menjadi penyelaras bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Dasar Belia dan Dasar Sukan.
  4. Mengurus hal ehwal pentadbiran, kewangan dan keselamatan bahagian.

Cawangan Antarabangsa

  1. Menyelaras pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia dan Sukan diantara agensi kerajaan, swasta dan NGO luar negeri.
  2. Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan dua hala yang melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan sukan.
  3. Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan dua hala yang melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan belia.
  4. Menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama(JCM) antara Malaysia dengan negara-negara luar sama ada di dalam mahupun di luar negara.
  5. Menyelaras input persidangan-persidangan diperingkat antarabangsa.
  6. Menyelaras kerjasama teknikal antarabangsa.
  7. Menyelaras hubungan dengan pihak swasta/ badan /persatuan belia sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Cawangan Industri Sukan

Objektif

  1. Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara
  2. Meningkatkan Rantaian Nilai Industri Sukan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi
  3. Meningkatkan Nilai Tambah Industri Sukan Berasaskan Penyelidikan dan Pembangunan
  4. Meningkatkan Rangkaian Kerjasama Industri Sukan Negara
  5. Meningkatkan Kesedaran dan Penglibatan Masyarakat Perdagangan Dalam Industri Sukan Negara.

Visi

Peneraju Pembangunan Industri Sukan sebagai Penjana Utama Ekonomi Negara.

Misi

Bertekad Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara Dengan Menyediakan Persekitaran Yang Kondusif Untuk Menggalakkan Pertumbuhan Industri Sukan Serta Meningkatkan Profesionalisme Pengurusan Industri Sukan Negara Menjelang Tahun 2015.

Fungsi

  1. Bertanggungjawab Merangka Dasar dan Halatuju Industri Sukan Negara.
  2. Merancang, Mengurus, Melaksana dan Menyelia Aktiviti Pembangunan Industri Sukan.
  3. Menyediakan dan Mengurus Pengkalan Data Industri Sukan Negara Yang Komprehensif.
  4. Menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan Industri Sukan Negara.
  5. Membangunkan Persekitaran Industri Sukan Negara Yang Kondusif dan Dinamik.
  6. Meneroka peluang baru dalam Industri Sukan.
  7. Bertanggungjawab Melaksanakan Aktiviti Penggalakan Pemasaran Industri Sukan.
  8. Meningkatkan Kesedaran dan Sokongan Awam.
  9. Memupuk dan Mengukuhkan Kerjasama dengan Pihak Industri.
   
* Sumber dari : Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Tarikh Kemaskini : 23/04/2014
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable