Bahagian Khidmat Pengurusan

 
Maklumat Am | Cawangan-Cawangan | Carta Organisasi
 
MAKLUMAT AM
 

Visi

Memberikan perkhidmatan sokongan yang cekap, berkesan dan adil kepada pelanggan dalaman dan luaran untuk perkhidmatan teras Kementerian melalui aktiviti dan program pembangunan belia dan sukan

Objektif

Untuk memberi kemudahan perkhidmatan dan pengurusan pentadbiran am, yang berkualiti bagi memperkasa modal insan dari segi profesionalism, berpengetahuan dan motivasi ke arah perubahan pentadbiran organisasi yang global

Fungsi Dan Tanggungjawab

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran am, pengurusan kualiti organisasi dan pusat sumber. Fungsi bahagian adalah :

  1. Memberi perkhidmatan sokongan bagi pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian dari segi kemudahan ruang dan peralatan pejabat, pengurusan perhubungan dan pengangkutan dan juga perkhidmatan pengurusan acara di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.
  2. Memberi perkhidmatan nasihat dan pengendalian urusan sistem fail terperingkat, surat menyurat, pekeliling perkhidmatan dan keselamatan organisasi.
  3. Mentadbir pengurusan stor kementerian, inventori, pelupusan dan hapuskira aset di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.
  4. mengurus perkhidmatan media dari segi penerangan, penerbitan dan dokumentasi, hal ehwal perhubungan awam, aduan dan perkhidmatan pelanggan.
  5. Pengurusan Pusar Sumber untuk kemudahan rujukan melalui pembagunan sistem katalog dan indek koleksi perpustakaan.
  6. Menguruskan perolehan berkaitan perkhidmatan sokongan untuk mencapai fungsi Bahagian
  7. Sebagai urusetia jawatankuasa berkaitan kualiti dan pelaksanaan program pembangunan modal insan dan kemajuan pentadbiran awam Kementerian.
  8. Sebagai Jawatankuasa yang menguruskan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di Kementerian Belia dan Sukan.
 
   
CAWANGAN-CAWANGAN  
 
Cawangan Pentadbiran
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Merancang, mengurus penyewaan ruang dan kemudahan pejabat Kementerian, negari dan daerah.
  2. Mengurus sistem fail terperingkat, surat menyurat, pekeliling perkhidmatan dan pemantauan keselamatan Pejabat.
  3. Mengurus dan memantau hal-hal kebersihan dan penyelenggaraan bangunan.
  4. Merancang dan mengendalikan pengurusan acara program dan aktiviti Kementerian.
  5. Mengendalikan Sistem Pengurusan Aset (SPA), stor,inventori, pelupusan, hapuskira dan tindakan surcaj.
  6. Menguruskan perolehan kemudahan pejabat dan pengurusan acara.
  7. Menjadi urusetia Jawatankuasa Aset peringkat kementerian
  8. Menguruskan hal ehwal pengangkutan dan perhubungan peringkat ibu pejabat
  9. Merancang dan menguruskan TASKA di Kementerian.
 
Cawangan Kualiti
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Merancang dan menguruskan program kualiti kementerian, negeri dan daerah seperti Program MS ISO 9000, KIK, KPI dan aktiviti lain seperti yang di arah melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran awam dari masa ke semasa.
  2. Menjadi urusetia Jawatankuasa Kualiti peringkat Kementerian
  3. Urusetia kepada hal-hal Pemodenan Pentadbiran, penigkatan Kualiti Pengurusan dan perhubungan dengan agensi berkenaan.
  4. Merancang dan menguruskan program inovasi Kementerian
 
Cawangan Pusat Sumber
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Merancang dan menguruskan ruang koleksi dan kemudahan lain sebuah perpustakaan yang standard piawaian antarabangsa.
  2. Mengurus dan menyediakan sistem mengkatalog dan mengkelas bahan rujukan.
  3. Mengindeks bahan perolehan perpustakaan.
  4. Menguruskan perolehan bahan rujukan untuk perpustakaan.
* Sumber dari : Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia  
Tarikh Kemaskini : 23/04/2010  
 

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable