Unit Komunikasi Korporat

 

 
Maklumat Am |Cawangan-Cawangan | Carta Organisasi
 
MAKLUMAT AM
 

Visi

Sedang dikemaskini

Objektif Umum

Memelihara dan meningkatkan imej Kementerian melalui strategi Perhubungan Awam yang teratur serta mempromosikan acara-cara dan kempen-kempen rasmi melalui media Kerajaan.

Objektif Operasi

  1. Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
  2. Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
  3. Memastikan aktivit-aktiviti Kementerian didokumentasikan dalam bentuk video/CD/Penulisan/rakaman gambar.
  4. Memastikan aduan Pelanggan Kementerian dan Jabatan serta Agensi di bawahnya diurus dengan berkesan.
  5. Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kerajaan dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara profesional melalui media massa.

Fungsi Dan Tanggungjawab

Sedang dikemaskini

Piagam Pelanggan

    1. Aduan Melalui Akhbar
      Menyediakan analisa keratan akhbar-akhbar tempatan mengenai Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan/Agensi di bawahnya setiap hari untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pengrusan dan Mesyuarat Pasca Kabinet.
    2. Aduan Pelanggan
      Akuan terima aduan awam akan dibuat dalam tempoh 3 hari daripada tarikh aduan diterima. Maklumbalas awal aduan kepada pengadu akan dibuat dalam masa 3 hari bekerja daripada tarikh akuan terima.
    3. Hubungan Media
      3.1. Nota Kepada Pengarang
      Akan dikeluarkan kepada media selewatnya tiga hari sebelum tarikh sebenar program/majlis berlangsung
      3.2. Siaran Akhbar
      Akan diedarkan kepada media tiga hari sebelum tarikh sebenar
      3.3. Sidang Akhbar
      Akan diatur/diurus tiga hari sebelum majlis sebenar berlangsung
      3.4. Jawapan Kepada Akhbar
      Akan memberi alasan kepada aduan akhbar dalam masa tiga hari bekerja
    4. Buletin
      Mengumpul berita dan mereka bentuk untuk menerbitkan Buletin KBS 3 bulan sekali
    5. Penyediaan Liputan Video
    6. Rakaman dan Rakamsalin Aktiviti Kementerian
      6.1 Video DVD/BETA/VHS/VCD)
      6.1.1. Aktiviti Sehari di Kuala Lumpur - 14 hari
      6.1.2. Aktiviti Sehari di Luar Kuala Lumpur - 16 hari
      6.2. Foto
      6.2.1. Aktiviti sehari di Kuala Lumpur - 4 hari
      6.2.2. Aktiviti sehari di luar Kuala Lumpur - 6 hari
      6.3. VCD
      6.3.1. Aktiviti sehari di Kuala Lumpur - 7 hari
      6.3.2. Aktiviti sehari di Kuala Lumpur - 14 hari
    7. Kempen/Majlis Rasmi Kerajaan
      Menyelaras publisiti kempen/majlis rasmi Kerajaan tiga minggu sebelum acara berlangsung
    8. Acara Kebangsaan
      Menyelaras publisiti acara antarabangsa melalui RTM dan BERNAMA dua bulan sebelum acara berlangsung
    9. Sukan Antarabangsa
      Menyelaras publisiti acara antarabangsa bagi acara-acara sukan antarabangsa 2 bulan sebelum acara berlangsung
    10. Sukan Tempatan

      Menyelaras aktiviti publisiti bagi acara-acara sukan tempatan dua minggu sebelum acara berlangsung.

 
CAWANGAN-CAWANGAN  
   
Seksyen Ehwal Koporat
 
Focal Point dan Promosi
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Sebagai focal point kementerian/agensi dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat kementerian, nasional dan global
  2. Merancang dan melaksana aktiviti peningkatan imej korporat kementerian/agensi
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana pelan komunikasi/promosi/publisiti program serta pencapaian kementerian/agensi
  4. Merancang dan melaksana kajian impak ke atas keberkesanan sistem penyampaian kementerian dan agensi
  5. Merancang dan menguruskan penerbitan video korporat kementerian, laporan tahunan serta lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan mempromosikan kementerian
 
Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan
 
Perhubungan Awam dan Media
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Memberi penjelasan tentang dasar kementerian/agensi
  2. Merancangn dan melaksanakan program perhubungan awam kementerian/agensi
  3. Mengurus dan mengendalikan perhubungan dengan pihak media
  4. Menyelaras lawatan rasmi ke kementerian/agensi
  5. Memberi khidmat nasihat mengenai program kementerian/agensi, nota kepada editor/sidang akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan
  6. Mengurus dan mengendalikan taklimat mengenai fungsi dan peranan kementerian/agensi
  7. Menyediakan draf ucapan Menteri/Timbalan Menteri/KSU
  8. Menyediakan bahan atau maklumat pada Kementerian/agensi
 
Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan
 

Tugas dan Tanggungjawab

  1. Merancang, mengurus, melaksana dan memantau semua urusan berkaitan pelanggan.
  2. Mengurus, memantau dan menyelaras semua aduan yang diterima
  3. Menyedia dan menyelaras jawapan mengenai aduan dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil, memantau dan menyelia keberkesanan sistem aduan awam.
  4. Memantau isu-isu berkaitan kementerian/agensi di media massa.
  5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.
  6. Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan-bahan penerbitan kementerian/agensi
  7. Memberi nasihat kepada pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh kementerian/agensi
  8. Mengurus Pegawai Khidmat Pelanggan kementerian/agensi
  9. Memberi nasiahat kepada kementerian/agensi mengenai perkhidmatan yang perlu diberikan kepada pelanggan
Seksyen Perhubungan KPI
 

Tugas dan Tanggungjawab

    1. Membantu menetapkan program-program untuk mencapai sasaran KPI Y.B.Menteri yang ditetapkan
    2. Memantau dan mengawasi pelaksanaan pelan tindakan/program-program yang telah ditetapkan dalam mencapai KPI Y.B.Menteri
    3. Menyelaras KPI Y.B.Menteri dengan Y.B.Timbalan Menteri dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian


* Sumber dari : Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia  
Dikemaskini Pada : 22/04/2014

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable