UNIT PEMERKASAAN EKONOMI BELIA BUMIPUTERA

KORONOLOGI DAN  LATAR BELAKANG PENUBUHAN UNIT PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera diwujudkan di setiap kementerian menerusi:-

  • Mesyuarat Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) 29 Ogos  2013
  • Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP)  pada 10 September 2013
  • Pengumuman  YAB Perdana Menteri semasa Majlis Pemerkasaan  Ekonomi Bumiputera pada 14 September 2013 dan;
  • Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September 2013.

Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan pada 5 Disember 2013, melalui arahan Pekeliling  AM Bilangan 5 Tahun 2013 Terma Rujukan dan Struktur Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPEB) di Kementerian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 29 November 2013.

TUJUAN PENUBUHAN

  • Memastikan penyertaan dan kepentingan Bumiputera  dalam bidang ekonomi dilaksanakan selaras dengan agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB)
  • Menentukan penyertaan Bumiputera yang seimbang, bermakna dan mampan dalam ekonomi negara.

 
PERANAN DAN FUNGSI  UPEB - KBS

  • Menentukan semua inisiatif PEB di KBS dan agensi dilaksanakan selaras dengan  pelan dan prinsip Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 26 Nov. 2011 ;
  • Mesra pasaran , Berasaskan keperluan, Berasaskan merit, Ketelusan Pro- Pertumbuhan; dan Persaingan mampan  dan  melakukan penjajaran semula (realigment) inisiatif tersebut jika perlu)
  • Menyediakan pelan strategik / pelan tindakan bagi memastikan pelaksanaan dan pemantauan inisiatif PEB di KBS mencapai objektif yang ditetapkan.

 

* Tarikh Kemaskini: 04/10/2014
* Sumber: Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable