Pejabat Penasihat Undang-Undang

 
Maklumat AmCarta Organisasi
 
MAKLUMAT AM
 

Latarbelakang

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan diwujudkan pada November 2000. Penasihat Undang-Undang yang ditempatkan di Kementerian ini merupakan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

MISI

 

Memberi Khidmat nasihat perundangan yang berkualiti, adil dan saksama dengan cekap dan tepat.

 

OBJEKTIF

 

Bertanggungjawab untuk mengendalikan hal-hal berkaitan denan Undang-Undang bagi Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan/Agensi di bawahnya.

 

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian ini adalah komited untuk memberikan khidmat yang berkualiti, memuaskan hati pelanggan mengikut jadual masa yang dipersetujui antara pelanggan dengan kami di samping memastikan khidmat yang berikan berdasarkan dasar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

Fungsi

  1. Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Persekutuan yang relevan.
  2. Memberi nasihat supaya tercapai matlamat dasar Kerajaan dengan mengambil kira kepentingan awam dalam pembangunan Belia dan Sukan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain.
  3. Menggubal undang-Undang termasuk peraturan-peraturan bagi  pihak Kementerian Belia dan Sukan.
  4. Membuat kajiselidik (research) berhubung hal-hal Perundangan Kementerian.
  5. Mengadakan serta meneliti kontrak-kontrak Kerjaan dengan pihak-pihak tertentu serta menjaga kepentingan Kerajaan khususnya Kementerian dalam hal tersebut.
  6. Memantau kes-kes sivil atau apa-apa tuntutan yang terletak di bawah bidang kuasa dan kawalan Kementerian ini terutamanya melibatkan kontrak atau perjanjian.
   
* Sumber dari : Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
* Tarikh Kemaskini: 02/08/2011
   

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable