Maklumat Am

Objektif

Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020.

Visi

Masyarakat belia yang wujud pada tahun 2010 akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Misi

Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020.

Fungsi

  • Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain
  • Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan
  • Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang
  • Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia
  • Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia
  • Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda

Piagam Pelanggan

Bahagian pembangunan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan masyarakat belia yang lengkap dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti, menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :

  • Memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta bersedia membantu anda apabila anda membuat aduan mengenai perkhidmatan kami.
  • Bersedia memberi maklumat berhubung dengan jenis-jenis bantuan perkhidmatan, latihan dan kemudahan di bawah program pembangunan belia.
  • Bersedia memberi bimbingan dan khidmat nasihat dan melaksanakan sebarang aktiviti/ program pembangunan belia selaras dengan sadar dan wawasan belia negara.
  • Memproses dan memberi kelulusan permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) di bawah RM 30,000 kepada pertubuhan /persatuan belia dalam masa satu (1) bulan.
  • Memproses dan memperakukan kepada urus setia bantuan peringkat kementerian semua permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) melebihi RM 30,000 dalam masa dua (2) bulan.
  • Membantu dan memantau pertubuhan/persatuan belia peringkat kebangsaan serta mengaktifkan persatuan yang lemah.
  • Memaklumkan penerimaan permohonan pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dalam tempoh dua (2) bulan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
  • Menimbang dan menawarkan kepada belia-belia bagi menyertai program pembangunan belia di dalam dan di luar negara dengan seadil-adilnya.
  • Meningkatkan penyertaan belia dalam pelbagai program dan aktiviti sihat serta menanamkan semangat perpaduan, setiakawan dan kekitaan.
  • Memberi peluang seluas mungkin kepada belia-belia bagi menyertai aktiviti gaya hidup sihat.
  • Memupuk sikap dan nilai murni serta semangat patriotisme dan menyemai serta menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan melalui perlaksanaan program/aktiviti.
  • Mempastikan latihan yang dijalankan di semua peringkat mengikut modul yang disediakan 

Sumber dari : Jabatan Belia Sukan Negara

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017 KE-29
SUKAN PARA ASEAN KE-9

Jumpa anda di Sukan Kuala Lumpur 2017
19 - 30 Ogos 2017 | Sukan Sea 2017
17 - 23 September 2017 | Sukan Para Asean

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara 2018
Jom Turun Padang! #hsn18 
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable