RASIONAL LOGO

Kelangsungan ketamadunan nasionaliti terletak kepada anggotanya yang dinamik, cergas serta cerdas. Lakaran dua objek manusia ceper berinteraksi sesama sendiri melambangkan sifat integrasi dan dinamisme yang ada jati dan daya saing yang tinggi. Setiap satunya mempamerkan fleksibiliti yang mantap lambang inspirasi keterampilan yang cemerlang serta berwibawa.

Tiga elemen warna asas iaitu Biru, Merah dan Kuning adalah prominen menjadi tonggak Wawasan Nasional Jalur Gemilang terus kekal sebagai paksi kepada semangat setia kawan dan penyatuan yang padu di samping melahirkan suasana penuh keceriaan. Kolaborasi sedemikian rupa digabungkan membentuk  suatu motif ikon yang dinamik dan bersepadu dan Tiada Alasan untuk tidak dipraktikkan.