LABUAN, 6 DISEMBER 2015 - Seramai 40 belia berumur 15 hingga 25 tahun telah mengikuti Program ‘ The More You Use The Less You Live’ yang di adakan di Homestay Kampung Bukit Kuda pada 4 hingga 6 Disember baru-baru ini.

Siri “ Road Tour” yang dikendalikan oleh Drug Free Youth Association (DFYA) adalah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Antara objektif program ini adalah untuk menjalankan kempen pencegahan dadah di semua peringkat, menggalakkan penglibatan NGO’s belia dalam kempen anti dadah, menyediakan aktiviti menarik dan berfaedah kepada belia bagi mengisi masa lapang dan membudayaka gaya hidup sihat tanpa dadah dikalangan belia.

Seramai lima fasilitator professional dan berpengalaman dalam bidang Fotografi dan Videografi, Muzik dan Skate Board telah didatangkan pihak Drug Free Youth Association (DFYA) bagi mengendalikan program selama tiga hari tersebut. Selain itu, Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Sungai Lada (BELADA) juga turut sama menjayakan pelaksanaan program dengan membantu mengendalikan Sesi Komuniti Pembinaan Pasukan “Khidmat Masyarakat” yang dilaksanakan di Kampung Sungai Lada, Labuan.

Majlis Perasmian penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan Penolong Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Mohamad Mazlan Haji Anis. Hadiri sama , Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Noor Azleen Yusop.


Oleh:
Mastijah Binti Insuin ( Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

DIsunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Go to top