PASIR PANJANG, 12 MEI 2015 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson telah dipilih sebagai tempat berlangsungnya Konvensyen Amalan Pertanian Yang Baik Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus mulai 12 hingga 13 Mei lalu yang dianjurkan RISDA Negeri Sembilan.  

Seramai 150 peserta yang terdiri di kalangan para pegawai  Pertanian dari seluruh daerah di Negeri Sembilan hadir sekaligus telah diberikan pendedahan mengenai kaedah dan strategi terkini melaksanakan amalan pertanian yang baik di dalam menjalankan tugas seharian.  

Di dalam konvensyen ini juga peserta didedahkan dengan kemahiran di dalam latihan dan pelaksaan yang bakal diadakan di peringkat daerah masing-masing. Majlis penutup sempurnakan Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pindahan Teknologi, RISDA Kuala Lumpur, Hajah Zaibon Ismail.  

Oleh : Jawatankuasa Portal APBM Port Dickson

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Go to top