KUALA LUMPUR, 27 Jun 2019 - Pemain Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bakal menikmati program latihan dan pendidikan terbaik apabila menerima tajaan bernilai lebih RM10 juta dalam tempoh lima tahun.

Tajaan itu merangkumi pelbagai keperluan asas latihan seperti bekalan bola bagi semua pusat latihan, pakaian pertandingan selain tajaan melibatkan keperluan pendidikan di AMD.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara bersama beberapa penaja iaitu Kool Marketing Co.Ltd, Regent International School Sdn.Bhd dan Asia Pacific Sports Sdn.Bhd berlangsung di Bukit Jalil dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menjadi rakan penaja dengan tajaan pakaian dan peralatan latihan di Akademi Mokhtar Dahari berjumlah RM120,000.00.

Ketika ini seramai 11992 orang pemain sedang menjalani latihan di seluruh negara melibatkan 112 buat pusat latihan.

Go to top