SIK, KEDAH, 03 Disember 2019 – Unit AntiDoping  Malaysia (ADAMAS) telah menyampaikan ceramah AntiDoping kepada atlet bagi kontinjen negeri Perlis bagi satu langkah persediaan ke Kejohanan SUKMA 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN Perlis). Kem Latihan bagi atlet negeri Perlis ini diadakan selama 3hari 2 malam di MADA Gubir Resort, Sik Kedah.

Ceramah ini dihadiri oleh lebih 113 orang atlet negeri Perlis yang bakal mewakili negeri itu di kejohanan SUKMA nanti. Ceramah ini telah sampaikan oleh Penolong Pengarah ADAMAS, Encik Hafizuddin bin Baki (Seksyen Pendidikan dan Pencegahan) bagi menerangkan bagaimana proses kawalan doping dilaksanakan, hak dan tanggungjawab atlet, jenis bahan-bahan terlarang serta peraturan-peraturan yang atlet harus patuhi.