IPOH, 29 November 2019 – Unit AntiDoping  Malaysia (ADAMAS) telah menyampaikan ceramah AntiDoping kepada seluruh kontinjen negeri Perak bagi satu langkah persediaan ke Kejohanan SUKMA 2020 dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak (MSN Perak). Turut hadir Pemangku Pengarah MSN Perak iaitu Tuan Hj. Mazlan bin Mohamad dan Penolong Pengarah Encik Meor Shahriman bin Meor Ahmad Kasri.

Ceramah ini dihadiri oleh lebih 276 orang atlet negeri Perak yang bakal mewakili negeri itu di kejohanan SUKMA nanti. Ceramah ini telah sampaikan oleh Penolong Pengarah ADAMAS, Puan Nur Suhaila Bt Ithnin (Seksyen Pendidikan dan Pencegahan) bagi menerangkan bagaimana proses kawalan doping dilaksanakan, hak dan tanggungjawab atlet, jenis bahan-bahan terlarang serta peraturan-peraturan yang atlet harus patuhi.

Atlet juga diberikan permainan Kahoot berkaitan perkara antidoping di penghujung program untuk mendapatkan tahap kefahaman peserta setelah mendengar ceramah tersebut.

MSN Perak yang diberharap tiada sebarang insiden atlet mereka yang akan positif ujian doping di temasya itu nanti dan menyokong usaha ADAMAS dalam menangani gejala doping di negara ini.