KENINGAU,SABAH ,  9 Disember 2019 – Unit AntiDoping  Malaysia (ADAMAS) bekerjasama dengan pihak KBS Negeri Sabah bagi melaksanakan program Outreach di Kejohanan Sukan Sabah 2019 yang berlangsung pada 7 hingga 13 Disember 2019 di seluruh negeri Sabah. Namun pihak ADAMAS berpusat di Kompleks Sukan Keningau dan menjalankan aktiviti secara bersemuka dengan atlet dan kakitangan sokongan dalam memberi kesedaran mengenai perkara antidoping untuk peringkat akar umbi.

Sepanjang 2 hari berada di sana, pihak ADAMAS menerima kunjungan sebanyak 150 orang , di antara sukan yang terlibat ialah takraw, lawn bowl, tenis, tinju, ragbi, karate dan hoki. Manakala sukan-sukan yang lain dijalankan di daerah Tenom dan Nabawan. Pegawai yang ditugaskan adalah En Mohd Hafizuddin bin Baki dan En. Mohd Khairul Shafiq bin Ali selaku penolong pengarah di ADAMAS.

Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran dan permainan interaktif (PLAY TRUE QUIZ) dan pelawat yang berjaya menerima cenderamata daripada kami.

Go to top