tokyo-2020
21 Ogos 2021 - Seramai 29 orang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai kontijen paralimpik negara telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat MH9118 ke Narita, Jepun bagi menyertai Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Kontijen yang merupakan kumpulan ketiga pasukan negara ini terdiri daripada Bonnie Bunyau Anak Gustin dan Jong Yee Khie atlet angkat berat, Chew Wei Lun atlet boccia, Suresh Selvatamby dan Wiro Anak Julin atlet memanah, Mohamad Ridzuan bin Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad bin Zolkefli, Abdul Latif bin Romly, Wong Kar Gee dan Siti Noor Lasah binti Mohamad Ariffin bagi acara olahraga serta Abu Samah bin Borhan bagi acara tenis kerusi roda.

Sesi pelepasan kontijen paralimpik ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir sama pada sesi berkenaan YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas, Encik Ahmad Faedzal Md Ramli Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Encik Suhardi Alias, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Dr. Radha Krishnan Sinnathamby, Timbalan Presiden, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Rakyat Malaysia mendoakan semoga perjalanan wirawan dan wirawati negara ini dipermudahkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 nanti. Selamat Berjuang.
Go to top