YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Penyerahan 66 peserta Program Felo Perdana kepada 32 Ahli Jemaah Menteri serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Putrajaya hari ini. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Abdulah bin Hasan (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS dan YBhg. Dato’ Dr Hajah Wasitah binti Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, Felo Perdana telah berjaya menarik penyertaan seramai 617 belia dalam program ini. Lebih membanggakan apabila terdapat sebilangan daripada peserta Felo Perdana masih kekal bersama mentor masing-masing selain berkecimpung dalam bidang politik, sektor korporat dan menyertai pentadbiran awam.
Pada tahun ini program Felo Perdana dijadualkan bermula pada 13 Oktober sehingga 31 Disember 2021. Sebelum diserahkan kepada mentor masing-masing, para peserta yang terpilih perlu melalui tapisan dan pemilihan serta telah mengikuti sesi orientasi sebelum penempatan dilaksanakan.
Go to top