Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 +ASEAN ConnectKBK Sempena Hari Belia Negara 2021 buat pertama kalinya diadakan secara hidrid selari dengan norma baharu. Konvensyen ini telah dikelaskan kepada 4 stream yang bertemakan Kesihatan Mental, Pekerjaan Masa Depan, Pendidikan dan Sekuriti Makanan yang telah dijalankan sepenuhnya secara atas talian sepanjang bulan September 2021. Selaras dengan objektif program, KBK turut mengenengahkan slot 'Visi Kementerian Untuk Belia Pada Masa Depan’ melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang relevan dengan golongan belia. Maijlis penutup bagi konvensyen ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Ti Lian Ker (@tlk_uniti), Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Hjh Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta rakan strategik Majlis Kerjasama Belia ASEAN (CAYC).
Go to top