YAB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2021. Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Sdr. Jufitri bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia serta pegawai-pegawai kanan Kementerian. Mengekalkan tema tahun lalu iaitu Dekad Ini Dekad Anda, sambutan HBN 2021 disambut sebagai lambang pengiktirafan kerajaan kepada sumbangan, komitmen, daya usaha, daya bangkit dan kecemerlangan belia. Sambutan pada tahun ini juga merupakan platform bagi membangunkan kembali belia dan merencanakan masa depan golongan berkenaan demi pembangunan negara.
Go to top