YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan KKIS 2021 telah merasmikan Konvensyen Kerjaya Industri Sukan (KKIS) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.
Bertujuan memberikan pemahaman yang luas tentang ekosistem industri sukan Malaysia, KKIS 2021 turut mengadakan sesi libat urus Dasar Industri Sukan Negara yang akan menampilkan para pemain Industri Sukan bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khususnya Sekretariat Industri Sukan (SIS), sebuah agensi bertanggungjawab dalam pembangunan industri sukan negara, untuk merangka Dasar Industri Sukan yang lebih mantap, menepati kehendak industri dan mengupayakan industri sukan setaraf dengan negara-negara maju lain.

Dalam ucaptama perasmian, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker menekankan kepentingan ekosistem sukan yang berupaya membantu menjana ekonomi negara, disamping peranan semua pihak dalam pembentukan satu ekosistem industri sukan yang kondusif. Beliau turut menyatakan bahawa komitmen KBS melalui SIS dalam memberikan penekanan terhadap ekosistem industri sukan yang kukuh, dan seterusnya mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

KKIS 2021 turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs. Encik Abdullah bin Hasan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato' Ahmad Shapawi bin Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD) dan Encik Ahmad Faedzal bin Md Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN).
Go to top