KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2021 - YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan telah hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak amal anjuran Yakult Malaysia di Stadium Bola Sepak, Kuala Lumpur. Turut hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak amal ini adalah Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun dan En. Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia.Penganjuran perlawanan bola sepak amal yang julung kalinya dianjurkan oleh Yakult Malaysia ini melibatkan pemain-pemain bola sepak kebangsaan negara bagi membantu Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) mengumpul dana bagi pembangunan sukan untuk tahun 2022.

Antara barisan pemain yang terlibat bagi pasukan Yakult All Star adalah dari kalangan pemain yang telah mencipta nama seperti Indra Putera Mahyudin, Zaquan Adha, Syed Adney, Badrdrol Bakhtiar, Faiz Subri, Azmi Muslim, Shukor Adan, Norshahrul Idlan Talha, Nurshamil Abdul Ghani, Razman Roslan, Azmeer Hj Yusof serta beberapae pemain lagi.
Turut bersama dalam Pasukan Yakult All Star adalah pemain lagenda bola sepak Jepun, Masashi Motoyama, serta beberapa pemain Jepun yang beraksi di Liga Malaysia yang lain seperti Yuta Suzuki, Yuki Tanigawa, Akira Higashiyama, Shuhei Fukai serta Bruno Suzuki. Semoga dengan penganjuran perlawanan sukan amal seperti ini dapat menarik lebih banyak syarikat korporat bagi membantu persatuan sukan dan mampu mempersiapkan lagi atlet - atlet negara bagi mempersiapkan diri bagi kejohanan besar yang akan datang.
Go to top