PUTRAJAYA, 12 DISEMBER 2021 - YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan program Kayuhlasak SHAPADU - KBS Putrajaya 2021 hari ini. Turut hadir di program Kayuhlasak Shapadu - KBS Putrajaya 2021 ialah YBrs. Pn. Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Dr. Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof, Ketua Pegarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Presiden Perbadanan Putrajaya. Seramai 600 peserta yang terdiri daripada perbagai lapisan masyarakat telah menyertai program ini. Program KayuhLasak Shapadu - KBS Putrajaya 2021 merupakan sebuah acara berbasikal lasak yang merangkumi 20% laluan jalan raya dan 80% off-road. Pihak KBS berharap penglibatan lebih banyak syarikat korporat dapat menyemarakkan sektor sukan di negara ini dan sekaligus membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. 
Go to top