KUALA LUMPUR, 12 DISEMBER 2021 - Astaka Pameran Kementerian Belia dan Sukan hari ni telah menganjurkan Hari Terbuka Impact Integrated, sebuah agensi KBS dengan pelbagai aktiviti E-Sukan yang disediakan oleh E-Sports Integrated (ESI). Ianya memberikan peluang kepada Keluarga Malaysia pendedahan dan pendidikan mengenai E-Sukan kepada pengunjung. Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang telah singgah di Astaka Pameran Kementerian Belia dan Sukan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Semoga kita berjumpa lagi.
Go to top