Sesi Kunjung Hormat Ketua Delegasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), En. Abdullah bin Hasan ke Dubai Sports Council turut telah disertai oleh Tuan Mohd Hasril Abdul Hamid, Konsul Jeneral Malaysia di Dubai. Delegasi KBS telah disambut oleh HE Saeed Mohammed Hareb, Ketua Setiausaha Dubai Sports Council dan En. Nasser, Timbalan Ketua Setiausaha Dubai Sports Council. Sesi yang telah berlangsung selama 30 minit itu juga antara lain telah berkongsi mengenai pembangunan sukan di negara masing-masing, serta meneroka peluang jaringan kerjasama yang boleh dibentuk di antara kedua-dua buah negara tersebut.
Go to top