Sesi Forum Intelek Belia Antarabangsa bersiaran secara langsung menerusi platform Facebook i-LEAD dengan kerjasama peserta MFLS Go Global dan pelajar-pelajar Universiti Al-Qasimia. Delegasi Kementerian telah diketuai oleh Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan 25 orang pelajar-pelajar MFLS telah disambut oleh Professor Hassan Khamis Saed El Melkh, Pemangku Naib Canselor Hal Ehwal Akademik Univerisiti Al-Qasimia, Delegasi Malaysia dan Pengurusan Universiti Al-Qasimia. Forum yang bertemakan Matlamat ke-11 dalam Sustainable Development Goals (SDG) - Sustainable Cities and Communities antara lain memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia Malaysia dan UAE  membincangkan isu cabaran global hari ini.
Go to top