Peserta MFLS Go Global berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Encik Mohd Hasril Abdul Hamid, Konsul Jeneral Malaysia ke Dubai dalam sesi MFLS Dinner Talk. Pada sesi ini, En. Mohd Hasril turut memberi kata-kata semangat kepada peserta dalam persediaan menjadi pemimpin masa hadapan yang berpengetahuan tinggi dan berdaya tahan.
Sesi Dinner Talk ini dikendalikan sepenuhnya oleh peserta MFLS Go Global bermula dari logistik, aturcara, susunan tetamu sehinggalah ke persembahan kebudayaan. Turut hadir ke sesi tersebut adalah Encik Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS  dan disertai oleh Pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia, Education Malaysia, pegawai-pegawai KBS serta sekretariat MFLS.
Go to top