BANGI, 16 DISEMBER 2021 - YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan telah hadir menyempurnakan Majlis Pentauliahan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahun 2021 di Bangi Resort Hotel. Seramai 77 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang memperoleh tahap Emas bagi tahun 2021 telah ditauliahkan dalam majlis yang juga menyaksikan seramai 15 orang Pemimpin dan 15 buah Badan Operasi turut menerima penghargaan daripada YB Menteri Belia dan Sukan di atas sumbangan mereka dalam melaksanakan ARPRM.

Program ARPRM telah bertapak di Malaysia sejak 1992 merupakan sebuah program yang diadaptasi daripada The Duke of Edinburgh’s International Award dan tertumpu ke arah pembangunan potensi remaja khusus bagi umur 14 hingga 24 tahun. Konsep Pendidikan tidak formal yang diterapkan di dalam program ini turut memainkan peranan dalam membentuk jadi diri, kepimpinan, kesukarelawanan, kemahiran diri dan pelbagai lagi. Sehingga kini, ARPRM telah mentauliahkan lebih daripada 1,400 peserta bagi tahap Emas dan lebih 180,000 peserta keseluruhannya termasuk tahap Perak dan Gangsa. ARPRM tidak berdiri sendirinya dan ia didokong oleh tulang belakang yang terdiri daripada pemimpin, mentor, jurulatih dan badan operasi.
Go to top