Minggu ke-10, di Pavilion Malaysia, Expo 2020 Dubai diteruskan dengan sesi Pocket Talks oleh syarikat-syarikat dan para peserta yang terlibat. Acara kemuncak bagi sesi berkenaan ialah sesi perkongsian atlet dengan pihak Institut Sukan Negara (ISN) iaitu bersama Dato' Azizulhasni Awang dan jurulatih beliau, John Beasley secara virtual. Kedua-dua ahli panel tersebut telah berkongsi hasrat dan harapan bagi sukan basikal trek Malaysia untuk masa hadapan selain pengalaman semasa memenangi pingat perak di Temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokto, Jepun. Sesi tersebut juga turut dihadiri En. Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS selaku Ketua Delegasi KBS ke Ekspo 2020 Dubai.
Go to top