KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER - YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 Tahun 2021 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, hari ini. MFLS Tier 3 merupakan program fasa terakhir bagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara dan berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan antarabangsa. Objektif utama MFLS Tier 3 adalah berdasarkan tujuh (7) elemen iaitu pembentukan watak dan jati diri, kepimpinan, kenegaraan, keusahawanan, kesukarelawanan, komunikasi dan pengantarabangsaan. Peserta Tier 3 2021 seramai 150 orang ini terdiri daripada peserta program MFLS Tier 2 pada tahun 2019 dan tahun 2020. MFLS merupakan program nasional dibawah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Go to top