HULU LANGAT, 21 DISEMBER 2021 - YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS telah menghantar sebanyak 300 kotak air mineral kepada kakitangan dan pelajar IKTBN Dusun Tua yang terkesan dengan bencana banjir. Dalam pada yang sama Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS turut menyumbangkan makanan kering, keperluan asas harian, water jet dan gen set bagi keperluan IKTBN. IKTBN Dusun Tua mengalami kerosakan di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar manakala jalan masuk melalui Jambatan Utama juga hampir roboh.

Dalam pada itu, YB Senator Timbalan Menteri juga telah melawat rumah kakitangan KBS yang terkesan akibat banjir lumpur. Tenaga kerja Skuad sukarelawan Pasca Banjir KBS memfokuskan kepada kerja-kerja Pasca Bencana iaitu kerja-kerja pembersihan. Selain itu, skuad ini akan turut bekerjasama dengan pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) yang akan membantu kerja-kerja baik pulih berskala kecil. KBS telah menggerakan Pusat Panggilan Sukarelawan (PPS) dan akan selaraskan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda di setiap Jabatan Belia dan Sukan Negeri-Negeri bagi mengumpulkan tenaga kerja dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan selepas air mula surut kelak. Teruskan usaha kesukarelawanan anda bagi membantu meraka yang memerlukan.
Go to top