SEPANG, 30 DISEMBER - YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan bersama dengan skuad sukarelawan pasca banjir KBS telah meneruskan kerja-kerja pembersihan di Kg. Orang Asli Bukit Tadom, Sepang dan Kg. Orang Asli Bukit Serdang hari ini. Dalam pada itu, beliau telah berkesempatan berjumpa dengan En. Hadi Anak Jembik, Ketua Kampung Orang Asli Kg. Bukit Tadom dan penduduk Kg. Tadom yang terjejas akibat banjir tempoh hari. Seramai 120 sukarelawan dari pelbagai badan persatuan belia dan NGO serta 60 pegawai KBS merupakan skuad sukarelawan pasca banjir KBS dan telah membersihkan sebanyak 200 buah rumah yang terlibat dengan banjir. Skuad sukarelawan juga turut menyampaikan tilam dan bantal kepada penduduk orang asli yang terjejas akibat banjir.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, En. Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Belia dan Sukan, dan En. Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Bersama kita meringankan beban mangsa banjir dengan menjadi sebahagian daripada Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS. 
Go to top