Pada 24 Mac 2022, Kuala Lumpur – ADAMAS telah melaksanakan Doping Control Officer (DCO) Training Workshop bermula 22 hingga 24 Mac 2022 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan melatih Pegawai Kawalan Doping bagi membantu ADAMAS melaksanakan prosedur pengujian kawalan doping sama ada pengujian di luar pertandingan (out-of-competition) atau pengujian di dalam pertandingan (in competition) dengan mematuhi kod dan peraturan anti-doping serta piawaian antarabangsa semasa.

Doping Control Officer (DCO) Training Workshop ini dilaksanakan di bawah Pelan Operasi Latihan (POL), Pengurusan Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi. Bengkel ini akan memberikan pendedahan dan kemahiran baharu kepada para pegawai serta berpotensi menjadi Subject Matter Expert di dalam bidang ini.

ADAMAS telah melatih dan melantik DCO yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang seperti Pakar Perubatan Sukan, Ahli Farmasi, Guru, Pensyarah dan lain-lain lagi.

Hanya kakitangan pengumpulan sampel yang terlatih dan bertauliah serta diiktiraf oleh Sampel Collection Authority (SCA) boleh diberi kuasa untuk menjalankan aktiviti pengumpulan sampel (ISTI Annex G.5.4).

Pelaksanaan program ini adalah selari dengan piawaian Antarabangsa yang diterbitkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) yang memerlukan Pegawai Pengumpulan Sampel mempunyai kompetensi, integriti yang tinggi, berkualiti dan berwibawa serta diberikan latihan dan proses pembelajaran yang baik, bersistematik berpandukan piawaian Antarabangsa.
Go to top