Tambun, PERAK:

Mengambil keberkatan sepuluh malam terakhir Ramadan, Kementerian belia dan Sukan, yang diketuai YB Menteri, Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu telah menyantuni dua pusat tahfiz dengan menyediakan bekalan sahur untuk warga tahfiz tersebut.

70 bungkus makanan sahur telah diedarkan di Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN 7, Jalan Tambun, dimana YB Menteri telah turut meluangkan masa beramah mesra bersama penghuninya; manakala 80 bungkus makanan telah dihantar di Pondok Darul Furqan Tambun sempena Program Singgah Sahur YB Menteri Belia dan Sukan Bersama Media dan Belia Negeri Perak.

Dalam program ini juga YB Menteri turut sama bersahur dan menunaikan solat subuh bersama-bersama 250 orang yang terdiri daripada golongan belia di sekitar Tambun, kariah masjid dan media di Masjid Hajjah Puteh Mahami, Bercham Jaya.

Turut bersama, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.
Go to top