Tambun, PERAK: 500 penunggang motosikal berkuasa besar diraikan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan dalam Program Kembara Sahur Peja Bersama Funride Riders yang telah berlangsung pada 23 April 2022.
Dalam program yang turut menyaksikan YB Menteri turut sama menunjukkan kemahiran menunggang motosikal berkuasa tinggi itu berakhir dengan Majlis bersahur di Lepak Santai Steamboat & Grill Tambun, Ipoh, Perak.
YB Menteri dalam ucapannya menyatakan aktiviti menunggang motosikal berkuasa besar yang menjadi sebahagian gaya hidup rakyat negara ini turut memupuk banyak nilai-nilai positif yang perlu terus dipupuk seperti menghubungkan silaturrahim di antara ahli-ahli di seluruh negara melalui aktiviti-aktiviti funride.