Puchong, 7 Jun 2022 - Simposium Kemahiran ILKBS 2022 (SKIL’22) anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menghimpunkan seramai 650 orang Tenaga Pengajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dari seluruh Negara.

Tema simposium tahun ini adalah “Let’s Talk! Minda Sihat Perkasa ILKBS” merupakan reflek kepada kempen kesihatan mental di kalangan Tenaga Pengajar ILKBS.
Kempen Kesedaran Kesihatan Mental di Kalangan Tenaga Pengajar ILKBS telah dimulakan pada tahun lepas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Melalui Ujian Saringan Minda Sihat yang dijalankan ke atas Tenaga Pengajar di 22 ILKBS mendapati terdapat sebilangan Tenaga Pengajar telah dikenalpasti terlibat dengan tekanan, keresahan dan kemurungan.

Majlis Perasmian Simposium Kemahiran ILKBS (SKIL’22) telah berlangsung di Spacerubix, Puchong dan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Go to top