20 Mei 2022, Kuala Lumpur – Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Draf Akta Anti-Doping Malaysia pada 20 hingga 22 Mei 2022 bertempat di Kuala Lumpur. Bengkel ini telah dijayakan dengan kehadiran daripada wakil-wakil dari bahagian / agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan pengamal undang-undang swasta yang hadir bagi memberi input-input dalam pelaksanaan pembangunan akta ini terutama berkaitan elemen perundangan.

Bengkel ini bertujuan untuk memastikan elemen perundangan dalam pelaksanaan kod anti-doping dunia dapat diselaraskan, disamping meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemegang taruh untuk menjamin kualiti pelaksanaan program anti-doping dalam negara ini.

Bengkel ini turut dirasmikan dan dihadiri oleh Puan Azura binti Abidin, Pengarah ADAMAS.