Bangi, 15 Jun 2022 - Persidangan Parlimen Belia 2022 diserikan  dengan kehadiran YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri hadir ke Persidangan Parlimen Belia Malaysia Tahun 2022.

YAB Perdana Menteri juga telah menyempurnakan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada para perwakilan Ahli Parlimen Belia Malaysia diiringi oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan dan pengurusan tertinggi KBS.

Terima kasih YAB Perdana Menteri atas sokongan yang diberikan. Semoga sokongan ini menyuntik semangat Belia #KeluargaMalaysia dalam mengorak langkah mencipta kejayaan demi #KeluargaMalaysia tercinta.

Ayuh Belia! Ini Masa Kita!!!