Syabas dan Tahniah kepada semua perwakilan Ahli Parlimen Belia Malaysia 2022!

Dengan tamatnya sesi penggulungan perbahasan yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan, maka sesi Persidangan Parlimen Belia Malaysia 2022 telah ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan lagi.

YB Menteri Belia dan Sukan juga turut mengucapkan jutaan terima kasih khasnya kepada pihak Parlimen Malaysia selaku rakan strategik Persidangan Parlimen Belia 2022.

Turut hadir ketika penggulungan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker.

Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan.

Ini Masa Kita!
Go to top