Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Belia Dan Sukan 2021 merupakan acara yang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang yang diusahakan oleh Warga KBS sepanjang tahun 2021. Majlis pada kali ini dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Tema Majlis APC 2021 yang dipilih pada kali ini adalah ”Mewarnai Kejayaan Bersama”, sebagai manifestasi kejayaan para penjawat awam, khasnya di KBS, dalam memenuhi aspirasi perkhidmatan kepada rakyat, meski negara berhadapan cabaran Covid-19 pada 2021. Jumlah penerima APC bagi tahun 2021 di kementerian termasuk badan berkanun KBS adalah seramai 402 orang.

Majlis APC 2021 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan di Hotel Sama-Sama Kuala Lumpur.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2021 KBS. Kekalkan momentum demi kecemerlangan kita bersama.

Turut bersama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker dan Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan.

Ini Masa Kita!
Go to top