26 Jun 2022, Bandar Penawar: Dato' Sri Mohd Shafiq bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meluangkan masa menghadiri Program ILKBS Career Fest Zon Selatan 2022 yang berlangsung di IKBN Bandar Penawar.

Beliau dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah kepada IKBN Bandar Penawar yang turut dipilih menjadi TVET Collaboration Hub (TCH) bagi bidang petroleum dan gas bawah Majlis TVET Negara yang berperanan sebagai :

i. Pemangkin ekosistem TCH;
ii. Menjadi pusat sehenti bagi perkongsian peralatan, kepakaran dan teknologi serta pusat rujukan amalan terbaik;
iii. Memperluaskan mobiliti tenaga pengajar dan pelajar;
iv. Menjalankan aktiviti bersama seperti Research & Development & Innovation (R&D&I), pembangunan produk dan pengkomersialan;
v. Mencadang penambahbaikan pembangunan kurikulum dan menghubungkan pelajar dengan industri; dan
vi. Menyediakan tenaga kerja mengikut kehendak industri

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Go to top