18 Julai - Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Bil. 2/2022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS telah diadakan dengan kehadiran Pengurusan Tertinggi KBS. Menerusi mesyuarat tersebut, YBhg. Dato’ Pengerusi telah menyampaikan peringatan dan berkongsi amanat YAB Perdana Menteri yang telah disampaikan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Bil. 1/2022 serta amanat YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara menerusi Mesyuarat JAR Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2022 sebagai panduan dalam memastikan tadbir urus terbaik.

Mesyuarat juga turut membincangkan pelbagai perkara merangkumi status pencapaian inisiatif Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) peringkat KBS, jabatan, agensi dan syarikat di bawahnya. Pada akhir mesyuarat tersebut, YBhg. Dato’ Pengerusi mengingatkan agar KBS bersama-sama jabatan dan agensi di bawahnya dapat memastikan perkhidmatan yang disampaikan pada tahap yang tertinggi dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti.

Go to top