Putrajaya, 26 Julai 2022-Unit Integriti KBS telah menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib KBS Tahun 2022 dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai salah satu program tahunan di bawah Pelan Operasi Latihan KBS.

Kursus ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai pelaksanaan pengurusan aduan, penyiasatan dan tindakan tatatertib di agensi masing-masing. Selain daripada membincangkan isu/kes berkaitan kesalahan am, jenayah, gangguan seksual, dan penyeliaan, kursus ini juga turut membincangkan kesilapan lazim dalam pengurusan tatatertib.

Kursus yang dihadiri oleh Pengerusi/Ahli/Urus Setia Lembaga Tatatertib di Jabatan/Institusi/Agensi di bawah KBS ini telah berlangsung selama satu (1) setengah hari bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS. Tahniah kepada semua yang hadir! Diharapkan semoga segala ilmu, pengalaman dan tips yang dikongsikan oleh para panel penceramah dapat digunakan sebaiknya agar pelaksanaan prosiding tatatertib di Jabatan/Institusi/Agensi di bawah KBS adalah teratur dan mencapai objektif pelaksanaannya.


Go to top