Shah Alam, 27 Julai - Julung kalinya, pada hari ini telah berlangsung Program Titipan Titian Kasih bersama- sama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
 
Program ini disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Ia merupakan modul di bawah elemen kenegaraan iaitu Institusi Beraja yang bertujuan untuk mendekatkan rakyat khususnya belia dengan Institusi Beraja. Selain itu, memahami realiti dan fakta tentang kepentingan sistem pemerintahan beraja atau sistem kesultanan.

Penganjuran ini dijayakan dengan kerjasama erat Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Hadir sama, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian.
Go to top