Pada 1 hingga 3 Ogos 2022 telah berlangsungnya Bengkel Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Belia dan Sukan (PSPKBS) FASA 3.

Pembangunan PSPKBS ini dilaksanakan bagi menggariskan hala tuju pelaksanaan pendigitalan KBS untuk tempoh lima (5) tahun akan datang yang merangkumi keperluan ICT melibatkan pengguna, rangkaian, peralatan ICT, keselamatan ICT, sistem aplikasi/portal dan tadbir Urus ICT KBS.

Bengkel ini melibatkan wakil setiap bahagian, jabatan dan agensi di bawah KBS.