Kuala Lumpur, 16 Ogos - Bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS telah berlangsungnya Majlis Perasmian PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 dengan tema #WelcomeHome.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Turut hadir sama YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, KSU KBS.

YB Menteri dalam ucapannya menyatakan bahawa MotoGP Malaysia mempunyai impak yang positif terhadap ekonomi negara. Malah tambah beliau lagi, MotoGP Malaysia adalah program yang signifikan buat #TeamKBS untuk menarik minat anak muda #KeluargaMalaysia bagi menceburi sukan permotoran.
Go to top